Plusian Preneur




Soalan Lazim Pelancaran PP

 

1. Apa itu Plusian Preneur (PP)?

Sekiranya anda membaca Soalan Lazim ini setelah membaca pengenalan kami, jangkau bahagian ini kerana ini hanyalah salinan semula pengenalan kami.

 

MCPlus berkembang luas seperti sekarang disebabkan para Plusians menerapkan didikan dan sikap positif yang dipelajari sehingga tersebar kepada ahli keluarga dan rakan mereka. Disebabkan itu, kami di MCPlus rasa bertanggungjawab untuk menghargai sumbangan mereka. Ini ialah program “Referral-Reward” yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada mereka yang membantu melebarkan sayap kami dan menambah ahli Plusian baharu. Plusians yang bergabung dengan Plusian Preneur akan mendapat kod yang dapat dikongsi kepada bakal ahli Plusian baharu dan apabila kod tersebut digunakan dalam langganan, pemilik kod dan pelanggan baharu akan menikmati keuntungan.

AYAT MUDAH (APAKAH ITU PLUSIAN PRENEUR)
Kawan anda guna code PP anda.
kawan anda dapat 5% discount.
Anda dapat 10% dari harga asal subscription kawan (rekrut) anda untuk 3 kali subscription yg dibuat.

 

2. Apakah kriteria untuk menjadi Plusian Preneur?

Untuk menjawab soalan ini, kami ingin bertanyakan dua soalan;

a.    Adakah anda pernah melanggan MCPlus sekurang-kurangnya sekali?

b.    Adakah anda cukup matang untuk membawa nama baik Plusians dan PP?

 

Jika jawapan anda “Ya!” untuk kedua-duanya, maka anda sudah memenuhi kriteria kami untuk menyertai PP. Yay!

 

3. Bagaimana untuk menjadi Plusian Preneur?

Sila ke aplikasi MCPlus kami dan klik butang Plusian Preneur untuk mendaftar sebagai PP dan dapatkan kod anda. Anda terus boleh berkongsi kod tersebut kepada rakan-rakan seperti anda selalu berkongsi gula-gula getah dengan mereka di dalam kelas.

 

 

4. Bolehkah saya menjadi Plusian Preneur jika langganan saya sudah habis?

Ya! Kitakan keluarga…

 

5. Adakah terdapat bayaran untuk menjadi Plusian Preneur?

Tidak! Ini PERCUMA sahaja.

 

6. Adakah program ini hanya untuk Tingkatan 4 & 5 sahaja?

Buat masa ini, ya. Kita beri laluan kepada yang paling tua. OK gurau saja. Jangan risau, PP untuk peringkat lain akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

7. Berapa orang yang boleh kami rekrut?

Soalan sebenarnya ialah ; Berapa orang yang MAMPU anda rekrut? Sejujurnya, hadnya ialah seluruh penduduk dunia sekarang dan berita baiknya, populasi dunia semakin meningkat. Perkara baik perlu dikongsi.

 

8. Adakah saya wajib mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa saya sebelum menyertai Plusian Preneur?

YA! Mereka ialah orang penting dalam hidup anda dan kami menghormati mereka. Oh ya, sebagai peringatan (ini kemungkinan sahaja), jangan masukkan nama dan nombor telefon palsu pada borang. Kami mempunyai mereka yang berkemahiran seramai 150 orang yang akan memastikan nama-nama itu asli dan nombornya sahih. Semoga berjaya!

 

9. Apa yang akan berlaku jika saya memasukkan nama dan nombor telefon palsu pada ruangan penjaga?

Mana-mana ‘bekas’ Plusian (lihat bagaimana saya memanggilnya ‘bekas’) yang ditangkap melakukan perkara tersebut, pemberian imbuhan dan langganan aktif akan terus dibatalkan. Bahasa yang lebih mudah, anda bukan lagi Plusian. Plusian bukan penipu.

 

10. Bolehkah saya memasukkan nombor telefon saya sendiri di ruangan “Maklumat Penjaga”?

APA YANG TELAH SAYA KATAKAN DI RUANGAN ATAS?!

11. Siapa yang layak menggunakan kod saya untuk melanggan?

Sesiapa sahaja selain diri anda sendiri dan mereka yang bukan ahli MCPlus.

 

12. Bolehkah adik-beradik saya menggunakan kod saya untuk melanggan?

Sila rujuk soalan 11.

 

13. Bolehkah ahli keluarga saya yang lain membantu menyebarkan kod saya?

Jika mereka mempunyai rakan, maka teruskan. Sekiranya mereka tidak mempunyai rakan, bantu mereka mencari seorang dua rakan dahulu. (mereka mungkin kesunyian).

 

14. Bolehkah saya menukar kod rujukan saya?

Ah, saya faham. Kodnya membosankan kerana dibuat secara automatik, dan mungkin susah disebut. Dengan senang hati saya katakan; TIADA. Maaf kawan-kawan.

 

15. Adakah kod saya mempunyai tarikh tamat?

Ya, 2 tahun.

 

16. Adakah saya masih Plusian Preneur setelah menamatkan pelajaran di MCPLUS?

YA! Terus sebarkan kebaikan,ok?

 

17. Bagaimana saya boleh menyemak data pengambilan saya?

Aplikasi MCPlus> Plusian Preneur> Recruitment tab. Senang saja.

 

 

18. Rakan saya lupa menggunakan kod saya semasa pendaftaran dan sudah membuat pembayaran. Bolehkah ia digunakan balik?

Malangnya, tidak. Nasi sudah menjadi bubur. Anda faham bukan?

 

 

 

19. Berapa banyak komisen yang akan saya terima untuk setiap rekrut?

Anda akan menerima 10% daripada setiap kod yang digunakan oleh Plusian baru (rekrut anda)

Ouh ya, anda akan dapat komisyen untuk 3 kali subscription yg dibuat oleh rekrut anda.

Subscription pertama – 10%
Subscription kedua – 10%
Subscription ketiga – 10%

20. Andaikata subscription rekrut saya kali kedua dibuat selepas subs pertama tamat, adakah saya masih dapat komisen ?
Dapat, Kami dah cakap yang kami tak kedekut kan. *peace* 🙂

 

21. Adakah rekrut saya akan menerima potongan semasa langganan pertama mereka?

Ya! Anda mendapat imbuhan, mereka mendapat diskaun 5%. Win-win!

 

22. Peratusan komisen berdasarkan harga pakej asal atau harga diskaun?

Harga asal sebelum diskaun 5%, mungkin kerana bahagian akaun cuba membunuh MCPLUS. Tetapi hei, lebih banyak faedah kepada anda (10%), troopers dah cukup gembira 🙂

 

 

23. Bolehkah rekrut saya menjadi Plusian Preneur?

Jika mereka sudah melanggan, ya. Anda boleh berbangga kerana mereka ialah anak rekrut anda. Tahniah! Anda kini bergelar ibu / ayah.

 

24. Bagaimana cara untuk mengeluarkan CREDIT saya?

Buat masa ini, satu-satunya cara adalah dengan memindahkannya ke akaun bank penjaga anda yang telah anda berikan semasa mendaftar sebagai PP. Sebagai langkah keselamatan, kami akan menghubungi anda secara peribadi untuk mengesahkan nombor akaun dan jumlah yang akan dikeluarkan.

 

25. Berapa lama masa yang diambil untuk memindahkan kredit saya?

48 jam. Proses yang melibatkan pengesahan dan pemindahan ini akan memakan masa maksimum 48 jam atau selewat-lewatnya 2 hari.

 

26. Berapakah jumlah pengeluaran minimum?

RM20. Sebarang pengeluaran mesti dibuat dalam gandaan RM10 (bermakna: RM20, RM30 dan seterusnya).

 

 

27. Adakah terdapat had rekrut minimum untuk mengeluarkan imbuhan saya?

Tidak! Anda boleh mengeluarkannya sesuka hati.

 

28. Adakah imbuhan saya boleh dipindahkan ke akaun Plusian Preneur yang lain?

TIDAK. Wang anda ialah milik anda. Tak semua perkara dalam hidup ini boleh  dikongsi.

 

29. Bolehkah saya melanggan menggunakan imbuhan saya?

Buat masa ini, belum. Tetapi kemas kini sedang dibuat 🙂

 

 

 

30. Bolehkah saya menggunakan akaun bank selain akaun penjaga saya yang berdaftar?

Tidak! Kecuali anda juga menukar ibu bapa anda. Ini adalah untuk keselamatan anda sendiri kerana setiap urusan kewangan anda ialah tanggungjawab kami.

 

 

31. Adakah saya akan diberitahu sebelum pengeluaran dibuat dari akaun saya?

Ya semestinya. Kami akan membuat panggilan secara individu untuk pengesahan sebelum pengeluaran dibuat, kerana kami peduli. * sambil mengerdipkan mata *

 

32. Bolehkah saya pergi ke mana-mana cawangan CAMPUS untuk mengeluarkan imbuhan saya?

Tidak. Jangan terkeliru antara cawangan kami dengan bank. Kakitangan kami tidak mempunyai wang dan tiada mesin ATM di situ.

 

33. Adakah imbuhan saya mempunyai tarikh luput?

Tidak. Kredit anda bukanlah sejenis roti.

 

34. Adakah saya akan mendapat latihan?

Semua pelanggan akan mendapat latihan untuk menjawab soalan SPM untuk setiap subjek – sekejap, maksud anda latihan untuk PP? Oh, kita buat juga setiap minggu.

 

35. Apa yang harus saya lakukan sekiranya saya terlupa alamat e-mel dan kata laluan saya?

JANGAN.SESEKALI.LUPA.E-mel. DAN. KATA LALUAN!

 

36. Bolehkah saya berhenti menjadi PP?

Ya, anda boleh membatalkan PP anda. Hanya hubungi kami untuk berbuat demikian dan kami akan pindahkan baki imbuhan ke akaun bank penjaga anda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Contact Us

No. 13-2 Jalan AU1A/4B, Off Jalan Setiawangsa, Keramat Permai Business Centre, 54200 Kuala Lumpur

03 4256 6699

Quick Links

Home
All Features
Our Services

About

About Us
Our Team
Privacy Policy
Contact

Subscribe